Peta Pelbagai Alir di atas
menunjukkan punca dan implikasi stres.
Makan secara berlebihan,
makan tidak mengikut waktu makan, makan makanan tinggi gula, tinggi garam,
tinggi lemak dan tinggi kolesterol adalah ciri-ciri tabiat pemakanan yang tidak
sihat. Sekiranya anda mempunyai ciri-ciri
tersebut, silalah berubah supaya tidak menjadi gemuk dan menjejaskan kesihatan. Gemuk dan kesihatan yang kurang memuaskan
akan mengganggu emosi kita sehingga terbentuknya stres.
Dengan merancang kewangan,
kita berupaya mengelakkan perbelanjaan berlebihan, hutang yang tidak terurus
dan kebankrapan. Jika seseorang
mempunyai perancangan wang yang buruk, dia mungkin berbelanja melebihi
kemampuan diri, mengakibatkan hutang yang banyak, perlu pinjam-meminjam untuk
memenuhi keperluan. Hidup berhutang
adalah hidup yang penuh stres.
Kerja yang terlalu banyak
akan mendatangkan stres kepada kita.
Kita berasa bimbang dan tertekan kerana takut tidak dapat menyiapkan kerja
dalam masa yang ditetapkan. Terdapat
juga orang meradang kerana bebanan kerja yang berat.
Orang yang bersikap
negatif mudah merasa diri tidak berguna apabila mereka tidak dapat menyelesaikan
masalah yang dihadapi. Akibatnya, mereka
akan memandang rendah diri sendiri, kurang berkeyakinan, tidak mahu bergaul
dengan orang lain dan suka mengasingkan diri.
No comments:
Post a Comment