Salah satu cara untuk
mengurangkan stres ialah rehat seketika.
Apabila anda melakukan sesuatu kerja dengan masa yang lama, anda harus
rehat seketika untuk melegakan ketegangan fizikal, ketegangan emosi dan
kekusutan fikiran. Anda boleh
mengurangkan tekanan dengan menjalankan aktiviti-aktivti seperti berjalan dan
melakukan regangan. Berjalan selama 10
minit boleh mengurangkan tekanan pada seluruh bahagian badan. Melakukan regangan dapat mengurangkan
keketatan otot-otot. Selepas itu anda
boleh menyambungkan kerja anda, pada masa itu, anda akan berasa lebih
bersemangat untuk menghasilkan kerja yang lebih berkesan.
No comments:
Post a Comment