Wednesday, 9 September 2015

Persamaan dan Perbezaan antara Stres dengan Burnout




Stres merupakan suatu kondisi yang disebabkan adanya ketidaksesuaian  antara situasi yang diinginkan dengan keadaan biologis, psikologis atau sistem sosial individu tersebut (Sarafino 2006).  Burnout boleh didefinisikan sebagai pilihan terakhir (akibat) apabila satu siri percubaan untuk menangani tekanan negatif, gagal mencapai matlamatnya (Farber, 1984).

 

Terdapat persamaan dan perbezaan antara stres dengan burnout.  Dari segi persamaan, stres dan burnout, kedua-duanya tergolong dalam kesihatan mental individu.  Stres dan burnout memberi kesan tekanan kepada diri.  Orang yang mengalami stres atau burnout akan menghadapi masalah seperti insomnia, sakit kepala, ketidakhadaman, dan jantung berdegup dengan kuat.  Kita boleh belajar, bersenam untuk mengatasi stres atau burnout.

 

Dari segi perbezaan, seseorang yang mengalami stres akan menunjukkan penglibatan yang keterlaluan, berasa cemas dan hiperaktif, kehilangan tenaga, melemahkan fizikal diri dan boleh menyebabkan maut terlalu awal.  Manakala, seseorang yang burnout akan melarikan diri daripada melibatkan diri dalam sesuatu aktiviti, ketidakupayaan dan berputus asa, kehilangan motivasi, melemahkan emosi diri dan boleh menimbulkan perasaan seperti hidup tidak bermakna.

 
Sama ada stres atau burnout, kita harus mengatasinya.


 

2 comments: