Wednesday, 9 September 2015

Persamaan dan Perbezaan antara Stres dengan Burnout




Stres merupakan suatu kondisi yang disebabkan adanya ketidaksesuaian  antara situasi yang diinginkan dengan keadaan biologis, psikologis atau sistem sosial individu tersebut (Sarafino 2006).  Burnout boleh didefinisikan sebagai pilihan terakhir (akibat) apabila satu siri percubaan untuk menangani tekanan negatif, gagal mencapai matlamatnya (Farber, 1984).

 

Terdapat persamaan dan perbezaan antara stres dengan burnout.  Dari segi persamaan, stres dan burnout, kedua-duanya tergolong dalam kesihatan mental individu.  Stres dan burnout memberi kesan tekanan kepada diri.  Orang yang mengalami stres atau burnout akan menghadapi masalah seperti insomnia, sakit kepala, ketidakhadaman, dan jantung berdegup dengan kuat.  Kita boleh belajar, bersenam untuk mengatasi stres atau burnout.

 

Dari segi perbezaan, seseorang yang mengalami stres akan menunjukkan penglibatan yang keterlaluan, berasa cemas dan hiperaktif, kehilangan tenaga, melemahkan fizikal diri dan boleh menyebabkan maut terlalu awal.  Manakala, seseorang yang burnout akan melarikan diri daripada melibatkan diri dalam sesuatu aktiviti, ketidakupayaan dan berputus asa, kehilangan motivasi, melemahkan emosi diri dan boleh menimbulkan perasaan seperti hidup tidak bermakna.

 
Sama ada stres atau burnout, kita harus mengatasinya.


 

Punca dan implikasi stres



Peta Pelbagai Alir di atas menunjukkan punca dan implikasi stres. 

 
Makan secara berlebihan, makan tidak mengikut waktu makan, makan makanan tinggi gula, tinggi garam, tinggi lemak dan tinggi kolesterol adalah ciri-ciri tabiat pemakanan yang tidak sihat.  Sekiranya anda mempunyai ciri-ciri tersebut, silalah berubah supaya tidak menjadi gemuk dan menjejaskan kesihatan.  Gemuk dan kesihatan yang kurang memuaskan akan mengganggu emosi kita sehingga terbentuknya stres.

 
Dengan merancang kewangan, kita berupaya mengelakkan perbelanjaan berlebihan, hutang yang tidak terurus dan kebankrapan.  Jika seseorang mempunyai perancangan wang yang buruk, dia mungkin berbelanja melebihi kemampuan diri, mengakibatkan hutang yang banyak, perlu pinjam-meminjam untuk memenuhi keperluan.  Hidup berhutang adalah hidup yang penuh stres.

 
Kerja yang terlalu banyak akan mendatangkan stres kepada kita.  Kita berasa bimbang dan tertekan kerana takut tidak dapat menyiapkan kerja dalam masa yang ditetapkan.  Terdapat juga orang meradang kerana bebanan kerja yang berat.

 
Orang yang bersikap negatif mudah merasa diri tidak berguna apabila mereka tidak dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi.  Akibatnya, mereka akan memandang rendah diri sendiri, kurang berkeyakinan, tidak mahu bergaul dengan orang lain dan suka mengasingkan diri.
 
 

 

Cara-cara menangani stres


 
1.Mendapat nasihat kaunselor

Untuk menyelesaikan stres, anda boleh berbincang dengan orang yang boleh dipercayai atau mendapat nasihat daripada pakar seperti kaunselor.

 
2.Rehat seketika untuk mengurangkan tekanan

Melakukan kerja dalam masa yang panjang akan meletihkan badan, rehat seketika untuk mengurangkan tekanan.


3.Mengurangkan gangguan ketika bekerja

Anda boleh mencari suatu tempat yang sunyi, tutup pintu dan tingkap, matikan bunyi telefon bimbit anda untuk mengurangkan gangguan semasa anda melakukan kerja yang penting.


4.Mendapat tidur yang cukup

Kurang tidur akan menyebabkan masalah pada berat badan anda, tidak bersemangat dan membuat badan anda mudah dihinggapi penyakit. Jadi cuba dapat tidur yang cukup untuk mengurangkan stres.

 
5.Makan makanan yang sihat

Menanam tabiat yang dapat meningkatkan rintangan terhadap stress. Contohnya, mengamalkan cara hidup yang sihat, pemakanan yang seimbang.


6.Bersenam

Dengan bersenam, kita mengeluarkan peluh dan membantu melancarkan peredaran darah Contoh senaman seperti berbasikal, berjalan, lompat tali, berenang dapat mengurangkan stres.


7.Bermeditasi

Bermeditasi membawa banyak manfaat kepada kita dan salah satu ialah menghilangkan stress, keterikatan dan sifat kemarahan kita.

 
8.Berfikiran positif

Menganggap segala masalah yang dihadapi sebagai cabaran dalam kehidupan.  Segala masalah yang ditemui, mesti ada cara untuk menyelesaikannya. Menerima stres sebahagian dari hidup.


9.Melakukan hobi yang disukai

Melakukan hobi yang disukai untuk menghilangkan kebosanan dan stres.

 
10.Menguruskan masa dengan efektif

Menjalankan aktiviti harian mengikut jadual yang dirancangkan.  Pastikan kita mempunyai masa untuk menjalankan aktiviti untuk mengurangkan stres dalam masa sehari.

 
11.Katakan ‘Tidak’ ketika sibuk bekerja

Membantu orang lain adalah satu nilai murni yang terpuji.  Tetapi ketika anda sedang sibuk bekerja, katalah ‘Tidak’ untuk mengelakkan bebanan kerja yang banyak dan berat yang akan mengakibatkan tekanan.


12.Tertawa

Ketawa boleh membuat kita lebih gembira dan sihat.  Jadi ketawalah untuk menghilangkan stres.


13.Elakkan mengambil dadah atau alkohol

Amalan hidup yang sihat dan amalan pemakanan yang seimbang membantu mengurangkan stres.  Jadi, menghindari dadah atau alkohol yang menjejaskan kesihatan anda.

Proses rehat seketika untuk mengurangkan stres


Salah satu cara untuk mengurangkan stres ialah rehat seketika.  Apabila anda melakukan sesuatu kerja dengan masa yang lama, anda harus rehat seketika untuk melegakan ketegangan fizikal, ketegangan emosi dan kekusutan fikiran.  Anda boleh mengurangkan tekanan dengan menjalankan aktiviti-aktivti seperti berjalan dan melakukan regangan.  Berjalan selama 10 minit boleh mengurangkan tekanan pada seluruh bahagian badan.  Melakukan regangan dapat mengurangkan keketatan otot-otot.  Selepas itu anda boleh menyambungkan kerja anda, pada masa itu, anda akan berasa lebih bersemangat untuk menghasilkan kerja yang lebih berkesan.